Wednesday 4 May 2011

Yakinlah!

Teringat sewaktu kecil dahulu... Soalan tentang cita2 pasti diajukan setiap kali diminta memperkenalkan diri kepada cikgu2 di sekolah rendah. Di dalam buku laporan kemajuan juga, ada ruangan untuk mengisi cita2. Bukan satu. Tapi TIGA pilihan. Seems to be optional. Hihi. Sudah tentu apa yang terlintas adalah pekerjaan yg popular sahaja. Doktor, polis, peguam, askar... Ketika umur itu, sy sendiri tidak mengetahui apakah cita2 dan keinginan sy. Apatah lagi di sekolah rendah dahulu sy adalah pelajar yang biasa2 sahaja. Adakah situasi ini normal untuk kanak2 sebaya sy ketika itu? Atau sy yang sebenarnya tidak mengetahui minat dan kebolehan diri sendiri? Mungkin juga minda saya yang lambat berkembang... Hmmmm... Gmbr di bwh bkn sy ya. Hihi :P



Akhirnya... hasil daripada 'penyelidikan' atau lebih tepat lagi... hasil daripada koleksi cita2 rakan2 lain... saya telah tampil dengan TIGA cita2 yang paling TOP dan BERNAS!


Satu
Doktor


Dua
Jurutera

* Gambar ini sengaja dipilih kerana chambernya lebih kurang sama dgn bentuk chamber yg saya gunakan untuk projek master sy sekarang.

Tiga
Scientist

Bernas bukan? Hihi. Tapi tahukan anda??? Sy boleh menjadi ketiga-tiganya secara tidak lansung!!! Dan sy sedang menuju ke arah itu! Malah lebih hebat dari itu! Persetankan persepsi, godaan, cabaran, halangan terutama nafsu dalam diri sendiri. Nyah jauh2 kalian semua!!! Walaupun agak insomnia memikirkannya... hari kejayaan pasti akan datang jua! Tungguuuuuuu.... YAKINLAH!

Bukan ini insomnia yg dimaksudkan... Hehe:P


 


Tuesday 26 April 2011

Semuanya Sudah Tertulis

Suatu hari, ditakdirkan berkesempatan menonton pertunangan Ashraf Muslim (26 April kalau x silap) di Facebook. Tidaklah sefanatik mana... Tapi agak redho dan Rela juga la... Hihi

 Rela 

Cuma mula meminati beliau setelah mengetahui bahawa beliau adalah bekas Kedet Palapes di sebuah IPTA tempatan dan telah ditauliahkan menjadi Leftenen Muda. Mestilah sangat berminat kerana sy juga adalah bekas Kadet Palapes (UM) walaupun berlainan IPTA dari beliau. Dan telah ditauliah juga sebagai Leftenen Muda tiga tahun lalu (2008). Namun, watikahnya saya baru sahaja terima pada tahun awal April 2011. Tiga tahun melalui pengalaman menarik dunia ketenteraan ditambah dgn tiga tahun penantian watikah pelantikan yang ditandatangai oleh Yg. Dipertuan Agong...



Watikah Perlantikan Leftenen Muda Nur Maisarah Abdul Rashid

Ia memang berbaloi-baloi... Semuanya dilakukan dgn penuh minat tanpa pengharapan yang tinggi. Mungkin kerana Darah Satria Berkobar di Dada...

Darah Satria

Apa yang ingin dikongsikan bersama ialah, bagaimana self development berlaku tanpa sedar. Meyakini potensi diri. Menyahut semua cabaran dan menyambut semua peluang yang datang bertandang. Risiko??? Ya! Semuanya berisiko. What matters most is how you take it positively and seriously? Ramai yang menganggap risiko umpama ketakutan bagi mereka. Mengapa begitu sedikit yang menganggap risiko sebagai batu loncatan kepada mereka? Mungkin juga risau bakal patah hati? Hmmm...
Tapi... Nothing Cant Break a Broken Heart kan??? :)



Mungkin terdetik di hati... wujudkah risiko yang positif? Pada saya, risiko yang mendorong ke arah kebaikan adalah risiko yang amat baik. Hanya diri individu tersebut yang mampu mengubah mentality  dan persepsi minda masing-masing. Perkara yang selalu menorobos minda tatkala diberi suatu peluang atau cabaran ialah "Bagaimana jika ianya gagal?" Tidak dinafikan sy juga selalu berfikiran sedemikian. Ini bermakna, bukan cabaran dan peluang itu masalahnya... Masalahnya ialah diri kita sendiri! Namun jika peluang dan cabaran itu adalah platform kepada apa yang pernah diidam dan diimpikan selama ini??? Dan... "Bagaimana jika sy BERJAYA!???" Adakah peluang dan cabaran ini akan dibiarkan berlaku begitu sahaja? Bukankah apa yang penting ialah sekurang kurangnya sy telah mencuba??? Mari renung-renungkan...

Semuanya sudah tertulis... Hanya menunggu ia DITERJEMAHKAN dalam bentuk tindakan...

Tiada Pengharapan Tiada Kekecewaan

Tiada pengharapan pada manusia... Maka... Tiada jua kekecewaan pada manusia.
Satu-satunya pengharapan hanyalah pada NYA. Dan pasti kita tidak akan kecewa!

Mana mungkin kejayaan atau kekayaan itu akan mendatangkan makna dan kepuasan tanpa penat, perit jerih, usaha, pengorbanan dan keringat. Kerana itu, dizahir kekangan, ketakutan, risiko, masalah dan alasan sebagai ujian. Lebih berat dugaan, lebih kuat usaha berterusan, lebih banyak keringat bercucuran, lebih besar pengorbanan, lebih lelah jasad empat kerat berkejaran, lebih jugalah kepuasan dan kemanisan. INSYA ALLAH...

Betapa indahnya aturan hidup ini bagi yang menghati... Betapa berharganya nyawa dan jasad ini untuk dipelopori hingga ke akhirat nanti...

Life is really wonderful. Lets explore it well!

Good life everyone! Akhirat jgn pula dilupa.