Tuesday 26 April 2011

Semuanya Sudah Tertulis

Suatu hari, ditakdirkan berkesempatan menonton pertunangan Ashraf Muslim (26 April kalau x silap) di Facebook. Tidaklah sefanatik mana... Tapi agak redho dan Rela juga la... Hihi

 Rela 

Cuma mula meminati beliau setelah mengetahui bahawa beliau adalah bekas Kedet Palapes di sebuah IPTA tempatan dan telah ditauliahkan menjadi Leftenen Muda. Mestilah sangat berminat kerana sy juga adalah bekas Kadet Palapes (UM) walaupun berlainan IPTA dari beliau. Dan telah ditauliah juga sebagai Leftenen Muda tiga tahun lalu (2008). Namun, watikahnya saya baru sahaja terima pada tahun awal April 2011. Tiga tahun melalui pengalaman menarik dunia ketenteraan ditambah dgn tiga tahun penantian watikah pelantikan yang ditandatangai oleh Yg. Dipertuan Agong...



Watikah Perlantikan Leftenen Muda Nur Maisarah Abdul Rashid

Ia memang berbaloi-baloi... Semuanya dilakukan dgn penuh minat tanpa pengharapan yang tinggi. Mungkin kerana Darah Satria Berkobar di Dada...

Darah Satria

Apa yang ingin dikongsikan bersama ialah, bagaimana self development berlaku tanpa sedar. Meyakini potensi diri. Menyahut semua cabaran dan menyambut semua peluang yang datang bertandang. Risiko??? Ya! Semuanya berisiko. What matters most is how you take it positively and seriously? Ramai yang menganggap risiko umpama ketakutan bagi mereka. Mengapa begitu sedikit yang menganggap risiko sebagai batu loncatan kepada mereka? Mungkin juga risau bakal patah hati? Hmmm...
Tapi... Nothing Cant Break a Broken Heart kan??? :)



Mungkin terdetik di hati... wujudkah risiko yang positif? Pada saya, risiko yang mendorong ke arah kebaikan adalah risiko yang amat baik. Hanya diri individu tersebut yang mampu mengubah mentality  dan persepsi minda masing-masing. Perkara yang selalu menorobos minda tatkala diberi suatu peluang atau cabaran ialah "Bagaimana jika ianya gagal?" Tidak dinafikan sy juga selalu berfikiran sedemikian. Ini bermakna, bukan cabaran dan peluang itu masalahnya... Masalahnya ialah diri kita sendiri! Namun jika peluang dan cabaran itu adalah platform kepada apa yang pernah diidam dan diimpikan selama ini??? Dan... "Bagaimana jika sy BERJAYA!???" Adakah peluang dan cabaran ini akan dibiarkan berlaku begitu sahaja? Bukankah apa yang penting ialah sekurang kurangnya sy telah mencuba??? Mari renung-renungkan...

Semuanya sudah tertulis... Hanya menunggu ia DITERJEMAHKAN dalam bentuk tindakan...

1 comment:

  1. DENGAN selambanya PATiK cilok gambau "Watikah Tauliah" Puan... sambil diiringi Oleh...
    https://www.youtube.com/watch?v=btPJPFnesV4 . /// .

    Terima Kasih ... :)

    Hehehe ... ;)

    "PLATUN...!... Platun... SEDiAp...!!!"
    *
    *
    *
    *
    *
    IT'S The EYE Of The TIGER ...

    ReplyDelete